Skip to main content

Dunia

Tiga warga asing antara tujuh sami Buddha maut dalam kemalangan kereta kabel di Sri Lanka

71758833830_Buddhistmonkskill.jpg
NEW DELHI: Tujuh sami Buddha termasuk tiga warga asing maut manakala enam lagi cedera dalam kemalangan kereta kabel di sebuah biara di tengah Sri Lanka.

Menurut pegawai pada Khamis, kejadian berlaku Rabu malam ketika para sami dalam perjalanan pulang ke Biara Na Uyana di Nikaweratiya, kira-kira 130 kilometer dari ibu negara Colombo, selepas selesai melaksanakan upacara keagamaan.

Tiga mangsa yang maut ialah warga India, Rusia dan Romania.

Troli yang membawa 13 sami itu terjatuh dari cerun selepas kabel yang menyokongnya putus.

Dua sami terselamat dengan cedera ringan selepas terjun dari troli berkenaan.

-- BERNAMA

Must Watch Video