Skip to main content

Dunia

Tiada roket nuklear, hanya jambak bunga iringi perarakan tentera Korea Utara

71536484786_KoreaUtara.jpg
Tiada peluru berpandu balistik dipamerkan sempena perarakan tentera ketika Korea Utara meraikan ulang tahun ke-70 pembentukannya, hari ini.

Sebaliknya, peserta perbarisan membawa sejambak bunga sambil mengibar bendera negara itu.

Langkah Pyongyang itu dilihat sebagai petanda positif ke arah keamanan di Semenanjung Korea.

Pada tahun-tahun sebelumnya, Korea Utara sering mempamerkan aset ketenteraannya terutama roket nuklear jarak jauh yang digeruni Barat.

Tindakan seperti itu bertujuan menghantar mesej kepada Amerika Syarikat (AS), Seoul, Tokyo dan beberapa negara lain mengenai kekuatan tentera negara berkenaan. - Agensi

Must Watch Video