Skip to main content

Dunia

Tentera Madagascar umum ambil alih kuasa pemerintahan negara

71760476188_ColonelMichaelRand.jpg
ANTANANARIVO: Seorang pegawai tentera Madagascar, Kolonel Michael Randrianirina pada Selasa mengumumkan, kuasa pemerintahan negara telah diambil alih oleh sebuah majlis tentera yang terdiri daripada anggota tentera darat, pasukan gendarmerie dan polis nasional, lapor Xinhua.

Randrianirina berkata, Perlembagaan negara telah digantung dan struktur baharu negara dibentuk "bagi memenuhi aspirasi rakyat Madagascar."

Beliau turut mengumumkan pembubaran beberapa institusi awam utama, termasuk Senat, Mahkamah Perlembagaan Tertinggi dan Suruhanjaya Pilihan Raya Bebas Nasional.

Pada hari yang sama, Perhimpunan Kebangsaan Madagascar, iaitu dewan rendah Parlimen Dwikamar negara itu, telah mengundi untuk memecat Presiden Andry Rajoelina dalam satu sesi khas di ibu negara Antananarivo, walaupun Pejabat Presiden sebelum itu mengumumkan bahawa dewan tersebut telah dibubarkan.

-- BERNAMA





Must Watch Video