Skip to main content

Dunia

Singapura catat hampir S$400,000 kerugian akibat penipuan permohonan PR sejak 1 Januari

81595757160_singapuracovid.jpg
Pasukan Polis Singapura (SPF) menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan seumpama itu, yang sering dipromosikan menerusi iklan atau hantaran di platform media sosial. - Gambar hiasan

SINGAPURA: Sekurang-kurangnya 24 orang di Singapura menjadi mangsa penipuan dalam talian yang menawarkan bantuan palsu bagi permohonan penduduk tetap (PR) sejak 1 Jan, dengan jumlah kerugian mencecah kira-kira S$397,000 (RM1.23 juta), menurut polis.

Pasukan Polis Singapura (SPF) memaklumkan mangsa diperdaya supaya membayar yuran permohonan serta caj tambahan, dengan mendakwa mereka boleh meningkatkan peluang kelulusan melalui pelaburan dalam syarikat, pembelian sijil akademik dan sumbangan, lapor The Straits Times.

Dalam satu nasihat pada Rabu, SPF menggesa orang ramai supaya sentiasa berwaspada terhadap penipuan seumpama itu, yang sering dipromosikan menerusi iklan atau hantaran di platform media sosial.

“Sebahagian mangsa turut menerima dokumen palsu mengenai status permohonan PR mereka yang dihantar daripada pihak yang kelihatan seperti Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA).

“Mangsa hanya menyedari mereka telah ditipu selepas membuat semakan terus dengan ICA,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video