Skip to main content

Dunia

Serangan maut di Lubnan ragut 42 nyawa petugas perubatan

The mother of one of two paramedics who were killed by an Israeli strike mourns over the body, amid escalating hostilities between Israel and Hezbollah, as the U.S.-Israeli conflict with Iran continues, in Nabatieh, Lebanon, March 25, 2026. REUTERS/Yara Nardi TPX IMAGES OF THE DAY
Keganasan terus meragut nyawa di Lubnan, dengan 42 petugas paramedik dilaporkan terbunuh sejak awal Mac susulan peningkatan serangan oleh Israel. - Foto REUTERS/Yara Nardi

BEIRUT: Keganasan terus meragut nyawa di Lubnan, dengan 42 petugas paramedik dilaporkan terbunuh sejak awal Mac susulan peningkatan serangan oleh Israel, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Dalam insiden terbaharu, dua anggota paramedik maut apabila motosikal yang mereka naiki ketika bertugas diserang.

Menurut Kementerian Kesihatan, ketika kejadian, mereka memakai pakaian seragam dan menaiki motosikal yang jelas ditandakan serta dilengkapi lampu amaran.

Tentera Israel terus melancarkan serangan ke atas Lubnan ketika Amerika Syarikat dan Israel turut melakukan serangan ke atas Iran, yang meragut lebih 1,000 nyawa, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan minggu lepas.

Pasukan perubatan yang mempunyai kaitan dengan Hizbullah dan Pergerakan Amal antara yang terjejas dengan pihak berkuasa menyatakan yang petugas penyelamat semakin menjadi sasaran serangan.

Tentera Israel menyatakan yang pihaknya sedang meneliti insiden itu, sambil menuduh Hizbullah menggunakan ambulans dan kemudahan perubatan untuk tujuan ketenteraan.

Namun, pegawai Lubnan pula mendakwa Israel sengaja menyasarkan operasi penyelamatan dan menyifatkannya sebagai pelanggaran undang-undang antarabangsa.

--BERNAMA-dpa

Must Watch Video