Skip to main content

Dunia

Seorang terkorban selepas 2 helikopter bertembung di ruang udara New Jersey, AS

41766978100_tbhelicopterscrashe.jpg
NEW YORK: Seorang terbunuh manakala seorang lagi cedera parah selepas dua helikopter bertembung di udara di negeri New Jersey, timur Amerika Syarikat (AS) pada Ahad, lapor Xinhua.

Insiden itu berlaku kira-kira 11.25 pagi waktu tempatan apabila Jabatan Bomba Hammonton bersama agensi bantuan berkaitan menerima laporan kejadian melibatkan penerbangan, menurut Ketua Polis Hammonton Kevin Friel seperti dipetik media tempatan.

Rakaman video dari lokasi kejadian menunjukkan sebuah helikopter berpusing dengan pantas sebelum terhempas ke tanah.

Pasukan polis dan bomba memadamkan kebakaran yang melibatkan satu daripada helikopter terbabit.

Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) akan menjalankan siasatan berhubung nahas berkenaan, kata Friel.

-- BERNAMA

Must Watch Video