Skip to main content

Dunia

Seorang maut dalam kebakaran flat di Singapura

71714972901_kebakaranjpg.jpg
SINGAPURA: Seorang maut dalam kebakaran di sebuah flat di Lorong Limau pada awal pagi Isnin, kata Pasukan Pertahanan Awam Singapura.

Bomba memasuki unit kediaman di Blok 76 itu dan berjaya menyelamatkan dua mangsa di bahagian dapur.

Namun seorang lagi individu yang ditemukan di dalam sebuah bilik tidur bagaimanapun disahkan telah meninggal dunia.

Punca kebakaran masih disiasat.

-- BERNAMA

Must Watch Video