QUITO: Sekurang-kurangnya empat banduan terbunuh dalam rusuhan penjara pada Ahad di Machala, Ecuador, lapor Xinhua memetik kenyataan agensi pentadbiran penjara kebangsaan SNAI.
Kekacauan tercetus pada awal pagi di Penjara No. 1 di Machala, menurut kenyataan SNAI.
Media tempatan melaporkan bahawa rusuhan itu berpunca daripada proses "penstrukturan semula" dan pemindahan banduan ke fasiliti keselamatan maksimum, menyebabkan sekurang-kurangnya 40 orang cedera.
Presiden Ecuador Daniel Noboa pada Selasa mengisytiharkan darurat selama 60 hari di lima wilayah pesisir serta tiga perbandaran di wilayah tengah Cotopaxi dan Bolivar bagi membendung "kekacauan dalaman serius" yang berpunca daripada peningkatan keganasan kumpulan jenayah terancang.
-- BERNAMA