Skip to main content

Dunia

Ribuan bantah kepemimpinan Perdana Menteri Thailand

41385338237_295x200.jpg
Beratus-ratus ribu penunjuk perasaan anti dan pro-kerajaan mengadakan demonstrasi secara besar-besaran pada Ahad sebagai membantah kepemimpinan Perdana Menteri Yingluck Shinawat.

Pihak berkuasa menganggarkan sekurang-kurangnya 75,000 penunjuk perasaan dan pro-kerajaan atau baju merah berhimpun dalam demonstrasi tersebut.

Kedua-dua kumpulan itu berikrar untuk meneruskan demonstrasi sehingga Ahad malam.

Thailand berdepan dengan krisis politik terburuk sejak bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra yang juga merupakan abang kepada Yingluck digulingkan daripada kerajaan dalam rampasan kuasa oleh tentera pada 2006.

Bangkok sebelum ini digegarkan dengan beberapa demonstrasi oleh parti pembangkang iaitu parti demokrat yang membantah rang undang-undang pengampunan yang dilihat bakal membolehkan Thaksin pulang ke negara ini.

Namun dewan senat menolak rang undang-undang tersebut.

Sementara itu, polis berkata penunjuk perasaan anti-kerajaan dijangka berarak ke parlimen dan beberapa bangunan kerajaan sama  walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sudah dikuat kuasakan di beberapa kawasan penting.

Must Watch Video