Skip to main content

Dunia

Rasuah: Bekas wanita pertama Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara

61756444612_KimKeonHee.jpg
Mahkamah bagaimanapun membebaskan Kim daripada pertuduhan terbabit dalam skim manipulasi saham serta melanggar Akta Dana Politik. - Gambar fail/Reuters
SEOUL: Sebuah mahkamah pada Rabu menjatuhkan hukuman penjara selama setahun lapan bulan terhadap bekas wanita pertama Korea Selatan Kim Keon Hee, selepas didapati bersalah menerima hadiah mewah daripada Gereja Unifikasi, lapor Agensi Berita Yonhap.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul bagaimanapun membebaskan Kim daripada pertuduhan terbabit dalam skim manipulasi saham serta melanggar Akta Dana Politik.

Pasukan peguam khas yang diketuai Min Joong-ki sebelum ini meminta hukuman penjara selama 15 tahun terhadap Kim.

--BERNAMA-YONHAP










Must Watch Video