Skip to main content

Dunia

Putin ucap tahniah Mojtaba Khamenei, ikrar sokongan padu Rusia terhadap Iran

81766738609_VladimirPutin.jpg
Putin (foto) menyatakan keyakinan bahawa Mojtaba akan meneruskan perjuangan Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei dengan penuh maruah serta mampu menyatukan rakyat Iran dalam menghadapi cabaran besar era konflik semasa. -Gambar fail

MOSCOW: Presiden Rusia Vladimir Putin menyampaikan ucapan tahniah kepada Mojtaba Khamenei atas pelantikannya sebagai Pemimpin Tertinggi Iran yang baharu, menurut kenyataan dikeluarkan Kremlin hari ini.

Putin menyatakan keyakinan bahawa Mojtaba akan meneruskan perjuangan Allahyarham Ayatollah Ali Khamenei dengan penuh maruah serta mampu menyatukan rakyat Iran dalam menghadapi cabaran besar era konflik semasa.

“Rusia akan terus berdiri teguh di samping Tehran,” tegas Putin sambil mengulangi sokongan tidak berbelah bahagi Moscow terhadap sekutu kuatnya itu di tengah‑tengah ketegangan geopolitik yang semakin memuncak.

Pelantikan Mojtaba oleh Majlis Pakar Iran bagi mengisi kekosongan kepimpinan tertinggi negara dilihat penganalisis sebagai langkah mengekalkan kesinambungan dasar luar dan ketenteraan Iran, khususnya dalam hubungan strategik dengan Rusia.

Sokongan terbuka Moscow ini hadir ketika Tehran terus berdepan tekanan ketenteraan daripada Amerika Syarikat dan Israel, sekali gus mengukuhkan lagi pakatan strategik Iran–Rusia dalam menyaingi pengaruh Barat di rantau Asia Barat.

Must Watch Video