Skip to main content

Dunia

Protes “No Kings”: Rakyat Amerika kibar bendera terbalik bantah serangan terhadap Iran

Demonstrators march during a protest amid nationwide demonstrations against U.S. President Donald Trump's administration policies, in Washington, D.C., U.S., March 28, 2026. REUTERS/Evelyn Hockstein
Himpunan tersebut merupakan sebahagian daripada siri protes ‘No Kings’ yang diadakan di  bandar utama Amerika Syarikat pada Ahad. - Gambar/ Reuters

KUALA LUMPUR: Ribuan penunjuk perasaan berhimpun di Washington bagi membantah serangan Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran sambil mengibarkan bendera Amerika secara terbalik.

Himpunan tersebut merupakan sebahagian daripada siri protes ‘No Kings’ yang diadakan di  bandar utama Amerika Syarikat pada Ahad.

Kempen No Kings bertujuan membantah tindakan polisi pentadbiran Donald Trump terhadap isu pendatang  asing, intimidasi negara jiran dan serangan ke atas Iran.

Himpunan tersebut turut disertai oleh David selaku veteran tentera Amerika yang menyifatkan serangan pentadbiran Trump ke atas Iran berisiko berlarutan tanpa ada pemenang.

Menurutnya, majoriti dalam kalangan anggota tentera yang masih berkhidmat turut menyedari bahawa peperangan kali ini sukar untuk dimenangi dan akan menggugat kestabilan ekonomi global.

“Gangguan (kesan perang) yang berlaku dijangka mengambil masa puluhan tahun untuk pulih,” kata David ketika ditemui pemberita semasa himpunan tersebut.

Para peserta berhimpun di National Mall berhampiran bangunan Capitol dan berarak menuju ke pusat bandar sambil membawa bendera Iran dan melaungkan slogan anti-perang.

Danny selaku peserta himpunan turut mengecam operasi ketenteraan itu yang disifatkan hanya meragut nyawa orang awam yang tidak bersalah.

“Berbilion dolar dibelanjakan untuk apa? Saya sendiri tidak pasti,” tegas Danny.

Himpunan bermula pada awal pagi apabila peserta mula berkumpul di National Mall berhampiran bangunan Capitol dan berarak menuju ke pusat bandar sambil membawa bendera Iran dan melaungkan slogan anti-perang.

Beberapa bandar besar termasuk New York, Los Angeles dan Chicago turut menyaksikan penunjuk perasaan berhimpun bagi membantah isu yang sama.

Must Watch Video