Skip to main content

Dunia

Presiden Marcos kembali ke rutin biasa di tengah-tengah spekulasi kesihatan

KUALA LUMPUR, May 27 -- Philippine President, Ferdinand Marcos Jr delivers his opening remarks as chair of the 16th Brunei-Indonesia-Malaysia-Philippines East ASEAN Growth Area (BIMP-EAGA) Summit at the Kuala Lumpur Convention Centre today.  -- fotoBERNAMA (2025) COPYRIGHT RESERVED
Pada Januari, Marcos didiagnosis menghidap divertikulitis, iaitu keradangan pada kantung kecil dalam usus besar, yang menyebabkan beliau terlepas beberapa acara rasmi. - Gambar fail/BERNAMA

MANILA: Presiden Ferdinand R. Marcos Jr. pada Rabu menafikan khabar angin mengenai tahap kesihatannya, sambil memberi jaminan kepada orang ramai yang beliau kembali menjalani rutin biasa sejak beberapa bulan lepas, lapor Agensi Berita Filipina (PNA).

“Saya tiada masalah kesihatan. Saya sudah kembali bersenam seperti biasa. Saya kembali ke rutin biasa sejak tiga bulan lepas,” kata Marcos dalam temu bual video bersama Pegawai Akhbar Istana Claire Castro.

Presiden turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang mengambil berat, namun menasihatkan agar tidak terlalu mempercayai dakwaan di media sosial.

“Terima kasih kepada semua yang mengambil berat tentang saya. Jangan ambil terlalu serius, anda tahu, media sosial itu bersifat lucu,” katanya.

Pada Januari, Marcos didiagnosis menghidap divertikulitis, iaitu keradangan pada kantung kecil dalam usus besar, yang menyebabkan beliau terlepas beberapa acara rasmi. Bagaimanapun, tidak lama kemudian beliau dapat kembali menyambung jadual kerja seperti biasa.

Marcos berkata beliau terus memantau kesihatannya dan memastikan dirinya sentiasa bersedia untuk bekerja.

“Saya melakukan seperti biasa, menjaga kesihatan, memastikan saya sentiasa bersedia untuk menjalankan tugas,” katanya.

Presiden juga berkongsi yang beliau kembali kepada diet normal tanpa sekatan ketat.

“Tiada lagi pantang… sudah lebih sebulan saya tiada sekatan,” katanya.

Sebelum ini, Malacanang menafikan dakwaan di media sosial yang menyatakan Presiden sakit, malah memberi amaran untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan berita palsu mengenai kesihatan Ketua Eksekutif itu.

-- BERNAMA-PNA

 

 

Must Watch Video