Skip to main content

Advertisement

Dunia

Polis Brazil tahan bekas presiden Bolsonaro - Laporan

71763847356_JairBolsonaro.jpg
BUENOS AIRES: Bekas Presiden Brazil Jair Bolsonaro telah ditahan oleh polis tempatan, lapor akhbar Globo pada Sabtu, menurut Sputnik/RIA Novosti.

Penahanan Bolsonaro, yang berada dalam tahanan rumah sejak 4 Ogos, dilaksanakan mengikut perintah mahkamah, menurut pihak penguat kuasa undang-undang.

Tindakan itu diambil selepas Flavio Bolsonaro, anak lelaki bekas presiden yang merupakan seorang senator, menyeru supaya diadakan perhimpunan menyokong bapanya.

Portal berita G1 melaporkan bahawa Bolsonaro yang berusia 70 tahun itu telah melanggar syarat penggunaan gelang elektronik dan dianggap berisiko melarikan diri.

Rumahnya dilaporkan terletak berhampiran Kedutaan Amerika Syarikat.

Pada awal September, Mahkamah Agung Brazil mendapati Jair Bolsonaro bersalah kerana merancang rampasan kuasa dan menjatuhkan hukuman 27 tahun tiga bulan penjara.

Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara Amerika Selatan itu seorang bekas presiden disabitkan dengan jenayah terhadap demokrasi.

-- BERNAMA

Must Watch Video