Skip to main content

Dunia

Pesawat menggelongsor di landasan akibat kegagalan gear pendaratan

61616362765_cargoplane.jpg
JAKARTA: Sebuah pesawat kargo Indonesia tergelincir dari landasan ketika mendarat di lapangan terbang selepas gear pendaratannya gagal berfungsi.

Rakaman video dramatik kejadian menunjukkan pesawat Trigana Air Boeing 737-400 menggelongsor di atas landasan Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma sejurus mendarat.

Menurut laporan berita tempatan, pesawat kargo PK-YSF itu baru sahaja berlepas untuk penerbangan ke Makassar apabila juruterbang menyedari masalah pada gear kanan.


Kru penerbangan mengambil keputusan untuk membatalkan penerbangan pada ketinggian 3,000 kaki dan kembali ke lapangan terbang.

Tiada kecederaan kepada empat kru terbabit namun pesawat berusia 32 tahun itu dilapor mengalami kerosakan teruk.



Must Watch Video