Skip to main content

Dunia

Perkhidmatan kereta api laju di timur laut Jepun disambung semula selepas gempa bumi

51765316567_tohokushinkansen.jpg
TOKYO: Perkhidmatan kereta api laju yang menghubungkan Tokyo dan wilayah timur laut Jepun disambung semula pada petang Selasa selepas operasi digantung sebahagiannya sejak awal pagi bagi membolehkan pemeriksaan keselamatan susulan gempa bumi kuat yang menggegarkan Wilayah Aomori dan kawasan sekitar malam sebelumnya, lapor Kyodo News.

Laluan Tohoku Shinkansen ditutup antara Morioka di Wilayah Iwate dan Shin-Aomori di wilayah berjiran Aomori, sebelum operasi disambung semula sekitar 3.40 petang, menurut pengendali JR East.

Sebanyak 26 tren digantung perkhidmatan dan sembilan lagi mengalami kelewatan sehingga 71 minit, menjejaskan kira-kira 17,000 penumpang, menurut syarikat itu.

Susulan gempa bumi bermagnitud 7.5 lewat Isnin, kira-kira 60 penumpang terkandas dan bermalam di dalam tren sebelum mereka dipindahkan dengan bas pada Selasa pagi.

Tiada kecederaan dilaporkan.

-- BERNAMA

Must Watch Video