Skip to main content

Dunia

Percubaan bunuh Trump: Pengarah Perkhidmatan Rahsia AS letak jawatan

61721752265_KimberlyCheatle.jpg
WASHINGTON: Pengarah Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS) Kimberly Cheatle telah meletakkan jawatan susulan desakan meluas berhubung cubaan membunuh calon Republikan Donald Trump, lapor NBC News pada Selasa, memetik tiga sumber, menurut Sputnik.

Cheatle dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai peletakan jawatannya lewat pagi ini, menurut laporan itu yang memetik dua sumber penguat kuasa undang-undang.

Peletakan jawatan beliau dibuat selepas beliau disoal siasat oleh penggubal undang-undang Dewan Perwakilan AS pada Isnin mengenai kegagalan agensi itu untuk menjamin keselamatan perhimpunan Trump pada 13 Julai di Butler, Pennsylvania.

-- BERNAMA

Must Watch Video