Skip to main content

Dunia

Perbincangan perjanjian pandemik diteruskan selepas tarikh akhir: WHO

81702174185_TBSAMPELCOVID.jpg
GENEVA: Kerajaan-kerajaan di seluruh dunia telah bersetuju untuk melanjutkan perbincangan selama dua minggu lagi mengenai perjanjian penting berhubung pengendalian pandemik masa depan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Jumaat, lapor Xinhua.

Rundingan pusingan kesembilan dan terakhir yang melibatkan 194 negara anggota WHO, kumpulan advokasi dan pihak berkepentingan berkaitan berakhir pada Jumaat tanpa memuktamadkan perjanjian, yang dijadualkan untuk dipertimbangkan untuk kelulusan pada Perhimpunan Kesihatan Sedunia lewat bulan ini.

Badan Perundingan Antara Kerajaan (INB) yang diketuai oleh negara anggota telah ditubuhkan lebih dua tahun lepas untuk merangka dan merundingkan perjanjian yang mengikat dari segi undang-undang mengenai pencegahan, persediaan dan tindak balas pandemik. - BERNANA-XINHUA




Must Watch Video