Skip to main content

Dunia

Perancis gesa Israel hentikan projek penempatan E1

61513892470_AlAqsa.jpg
PARIS: Kementerian Luar Perancis menggesa Israel menghentikan projek E1 yang bertujuan memperluas penempatan yang dirampas daripada penduduk Palestin di Baitulmuqaddis Timur, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA).

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Perancis mengecam rancangan penempatan haram Israel di kawasan E1, yang akan memisahkan Baitulmuqaddis dari Tebing Barat.

Kementerian Luar Perancis turut menggesa Israel menghentikan projek berkenaan, yang merupakan pelanggaran serius terhadap undang-undang antarabangsa.

Ia memberi amaran bahawa pelaksanaannya akan membahagikan Tebing Barat kepada dua bahagian dan menjejaskan secara serius penyelesaian dua negara.

Kementerian itu menegaskan bahawa penyelesaian dua negara adalah satu-satunya penyelesaian yang menjamin keamanan dan keselamatan yang berkekalan untuk rakyat Israel dan Palestin.

-- BERNAMA

Must Watch Video