Skip to main content

Dunia

Pemimpin pembangkang Kemboja hidup dalam buangan tiba di Kuala Lumpur

51573294549_Cambodianopposition.jpg
Pemimpin parti pembangkang Kemboja yang hidup dalam buangan, Sam Rainsy selamat mendarat di Kuala Lumpur pada Sabtu.

Lapor agensi berita AP, Pengasas Parti Penyelamat Nasional Kemboja (CNRP) itu  tekad untuk kembali ke Kemboja walaupun terdapat cubaan oleh Perdana Menteri Hun Sen untuk menghalangnya.

Beliau ketika ditemui pemberita di lapangan terbangan turut memaklumkan telah dijemput ke Parlimen pada Selasa ini sebagai sebahagian lawatan peribadi.

Ia seolah-olah memberi gambaran bahawa Rainsy akan terlepas sambutan Hari Kemerdekaan Kemboja, Sabtu ini.

Ketika ditanya mengenai rancangan, Rainsy menegaskan beliau mempunyai hak untuk pulang ke negara itu, malah akan menjalankan tugasnya seperti biasa.

BACA: Malaysia akan cari negara lain untuk terima pemimpin pembangkang Kemboja - PM

Terdahulu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan kerajaan akan cuba mencari negara lain yang sanggup menerima pemimpin pembangkang Kemboja yang hidup dalam buangan.

Ia susulan penahanan Mu Sochua, yang ditahan pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), baru-baru ini.

Must Watch Video