Skip to main content

Dunia

Pelabuhan Bandar Abbas jadi sasaran serangan AS-Israel

FILE PHOTO: An aerial view of the Iranian shores and Port of Bandar Abbas in the strait of Hormuz, December 10, 2023. REUTERS/Stringer/File Photo
Pelabuhan Shahid Haghani, yang digunakan untuk tujuan komersial dan perkhidmatan penumpang, menjadi sasaran serangan udara AS-Israel. -Gambar Reuters

ISTANBUL: Amerika Syarikat (AS) dan Israel menyasarkan sebuah pelabuhan di bandar pesisir selatan Iran, Bandar Abbas yang terletak di sepanjang Selat Hormuz, lapor Anadolu Ajansi memetik media Iran.

“Pasukan AS dan Israel menyasarkan Pelabuhan Shahid Haghani di Bandar Abbas, yang digunakan bagi tujuan komersial dan perkhidmatan penumpang,” menurut Timbalan Gabenor Wilayah Hormozgan bagi hal ehwal politik, keselamatan dan sosial Ahmad Nafisi, seperti dipetik Tasnim News.

Beliau berkata pasukan mencari dan menyelamat serta bomba telah dikerah ke lokasi kejadian.

Nafisi bagaimanapun tidak memberi butiran lanjut mengenai kemungkinan korban atau tahap kerosakan di pelabuhan itu.

AS dan Israel melancarkan serangan udara ke atas Iran sejak 28 Feb, mengorbankan lebih 1,340 orang setakat ini, menurut pihak berkuasa Iran.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta Jordan, Iraq dan negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS.

Menurut angka rasmi Amerika, sekurang-kurangnya 13 anggota perkhidmatan AS terbunuh sejak konflik bermula dan situasi itu turut mendorong kenaikan harga tenaga serta menjejaskan perkapalan yang melalui Selat Hormuz.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video