Skip to main content

Dunia

Patricia Scotland wanita pertama sandang jawatan Setiausaha Agung Komanwel

71448679554_PatriciaScotland.jpg
Baroness Patricia Scotland merupakan wanita pertama yang dipilih sebagai Setiausaha Agung Komanwel Ke-6.

Perdana Menteri Malta, Joseph Muscat mengumumkan perkara ini menerusi akaun Twitter beliau hari ini.

Beliau mengambil alih jawatan itu daripada Kamalesh Sharma dari India yang penggalnya tamat pada 31 Mac tahun depan.

Scotland yang merupakan bekas Peguam Negara Britain dicadangkan oleh Dominica dan mendapat sokongan sebulat suara.

Beliau yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Dominica dan Britain mengalahkan Duta Antigua ke Amerika Syarikat Sir Ronald Sanders dan Timbalan Setiausaha Agung Komanwel sekarang, Mmasekgoa Masire-Mwamba dari Bostwana.

Pemilihan jawatan itu dilakukan pada mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) yang sedang berlangsung di sini.

Must Watch Video