PERTUBUHAN Kerjasama Islam (OIC) mengalu-alukan kemenangan undi percaya oleh kerajaan perpaduan Libya yang dipimpin Abdelhamid Dbeibah di Parlimen.
Selain mengucapkan tahniah, Setiausaha Agung OIC, Dr Yousef A Al-Othaimeen memberi jaminan bahawa pertubuhan itu akan terus menyokong Libya dan rakyatnya.
"Diharapkan langkah ini akan membuka jalan untuk langkah-langkah selanjutnya menuju perdamaian dan pembentukan asas keamanan, keselamatan, kestabilan dan pembangunan seluruh Libya," katanya dilaporkan agensi antarabangsa.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sebelum ini mengalu-alukan keputusan Parlimen negara itu yang bersetuju membentuk kerajaan perpaduan.
Malah, beliau mengulangi pendirian PBB sebelum ini untuk menyokong rakyat Libya seiring memastikan keamanan dan kestabilan di seluruh negara itu.