Skip to main content

Dunia

NGO KHOM Malaysia selamat tiba di Istanbul

KHOM MALAYSIA , istanbul
Kumpulan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri, Beirut pada jam 7.30 petang semalam (waktu tempatan) susulan serangan rejim Israel di ibu kota Lubnan itu.

ISTANBUL: Sukarelawan badan bukan kerajaan (NGO), Karisma Humanitarian Outreach Mission (KHOM) Malaysia selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Istanbul, Turkiye hari ini selepas terkandas akibat pergolakan di Asia Barat.

Kumpulan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Rafic Hariri, Beirut pada jam 7.30 pagi (waktu tempatan) susulan serangan rejim Israel di ibu kota Lubnan itu.

Pengerusi Misi KHOM Malaysia, Nik Marina Hussin menzahirkan rasa syukur kerana berjaya keluar dari zon merah sebelum keadaan keselamatan di Beirut semakin meruncing.

“Syukur, berkat doa ahli keluarga, rakyat Malaysia dan para penderma, kami akhirnya selamat keluar dari Beirut.

"Fokus utama kami sekarang adalah untuk memastikan semua sukarelawan dapat pulang ke tanah air dengan segera,” kata Nik Marina.

Beliau turut memaklumkan walaupun Istanbul merupakan zon selamat, pihaknya tetap berwaspada memandangkan situasi geopolitik di beberapa negara jiran masih tidak menentu akibat konflik berterusan.

Terdahulu, delegasi KHOM Malaysia dijadual pulang ke Kuala Lumpur dari Damsyik, Syria pada 28 Februari lalu, namun penerbangan tersebut dibatalkan susulan penutupan ruang udara serantau selepas serangan Amerika Syarikat dan Israel ke atas Iran.

Susulan itu, pasukan misi mengambil keputusan menggunakan laluan darat ke Beirut pada 1 Mac bagi mendapatkan penerbangan alternatif ke Istanbul yang masih beroperasi ketika itu.

Sepanjang 21 hingga 27 Februari, KHOM Malaysia berada di rantau berkenaan bagi melaksanakan 'Misi Talian Hayat Musim Sejuk' bagi menyalurkan bantuan kepada pelarian Palestin di Beirut serta pelarian dalam negara (IDP) di Syria.

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found