Skip to main content

Dunia

Menteri kesihatan, orang awam cedera serangan bom kereta di Somalia

81658070622_TBShootingArkansas.jpg
MOGADISHU: Ramai dilaporkan cedera dalam satu insiden serangan bom kereta yang menyasarkan sebuah hotel popular di bandar Jowhar, selatan Somalia pada Ahad, menurut pihak berkuasa.

Antara mangsa yang cedera termasuk menteri kesihatan negeri Hirshabelle, lapor Anadolu.

Jowhar ialah pusat pentadbiran negeri Hirshabelle, terletak 90 kilometer di utara Mogadishu.

Saksi kejadian memberitahu Anadolu letupan itu turut menjejaskan bangunan berhampiran.

Setakat ini, belum ada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab ke atas serangan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video