Skip to main content

Dunia

Mayat warga Jerman dipenggal militan Abu Sayyaf ditemui

61488715351_Jurgenkantner.jpg
Mayat Juergen Gustav Kantner, pelancong warga Jerman yang dibunuh militan Abu Sayyaf ditemui tentera Filipina di Barangay Buansa, Sulu.

Kantner, dipenggal kepalanya minggu lalu selepas  tempoh tuntutan wang tebusan yang ditetapkan militan itu berakhir Ahad lalu.

Kantner diculik November lalu ketika belayar bersama rakan wanitanya di perairan Sabah.

Rakan wanitanya itu bagaimanapun dibunuh dan mayatnya ditemui dalam kapal layar di Pulau Laparan, di Sulu.

Kejadian mengulangi insiden serupa tahun lalu apabila militan berkenaan memenggal kepala dua warga Kanada juga atas sebab sama.

Ketika ini dilaporkan lebih 20 warga asing dan tempatan abu sayyaf jadi tahanan abu sayyaf di selatan Filipina.

Must Watch Video