Skip to main content

Dunia

Macron gesa Israel lupakan cita-cita penguasaan wilayah di Lubnan

France's President Emmanuel Macron, right, and Lebanon's Prime Minister Nawaf Salam shake hands after a joint declaration press event following their meeting at the Elysee Presidential Palace in Paris, Tuesday, April 21, 2026. (Ludovic Marin/Pool Photo via AP)
Presiden Perancis Emmanuel Macron bersalaman dengan Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam yang mengadakan lawatan ke Perancis. - Foto Reuters

PARIS: Israel mesti melupakan cita-citanya untuk menguasai wilayah di Lubnan, kata Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Selasa, menggesa penyelesaian politik untuk memastikan kestabilan serantau, lapor Xinhua.

Bercakap pada sidang media selepas bertemu Perdana Menteri Lubnan Nawaf Salam yang mengadakan lawatan, Macron menyeru "perjanjian politik" antara Israel dan Lubnan bagi menjamin keselamatan kedua-dua negara, memelihara integriti wilayah Lubnan dan membuka jalan ke arah hubungan normal.

Macron turut memberi amaran bahawa Kesatuan Eropah (EU) boleh mempertimbangkan semula hubungan dengan Israel jika dasarnya kekal tidak berubah.

Beliau berkata menggantung Perjanjian Persatuan EU-Israel, yang telah mengawal hubungan perdagangan sejak 2000, akan menjadi “isu yang sah” dalam keadaan sedemikian.

Menangani ketegangan serantau yang lebih luas, Macron mendesak rundingan antara Amerika Syarikat dan Iran dilanjutkan sambil menekankan bahawa "perang tidak boleh dibenarkan untuk disambung semula."

Bagi pihaknya, Salam mengulangi tuntutan Lubnan untuk "pengunduran sepenuhnya" tentera Israel dari wilayahnya, bersama-sama dengan pemulangan tawanan Lubnan dan orang yang kehilangan tempat tinggal. 

-- BERNAMA-XINHUA

Must Watch Video