Skip to main content

Dunia

Lima anggota polis cedera dalam letupan bom di Narathiwat

61612107481_950x600.jpg
NARATHIWAT:Lima anggota polis cedera dalam satu letupan bom di tepi jalan di Narathiwat, selatan Thailand, hari ini.

Semasa kejadian jam 11.30 pagi (waktu tempatan) itu, sepasukan anggota polis, diiringi oleh skuad pemusnah bom, dalam perjalanan ke tempat kejadian di mana dua buah menara telekomunikasi dibakar kumpulan tidak bertanggungjawab pada awal pagi.

Ketua Polis Siasatan Jenayah Daerah Sisakorn, Kapt. Pol. Wimon Duangnin berkata sebutir bom buatan sendiri meletup ketika kenderaan pikap anggota polis itu melalui lokasi kejadian.

"Letupan itu mencederakan lima anggota polis termasuk seorang mengalami kecederaan parah. Kesemua mangsa dikejarkan ke hospital untuk rawatan dan kami sedang menjejaki dalang di sebalik insiden ini," katanya.

-- BERNAMA

Must Watch Video