Skip to main content

Dunia

Lebih 10,000 banduan Myanmar dibebaskan di bawah pengampunan beramai-ramai

Released prisoners, in a bus, are welcomed by family members and colleagues after they left Insein Prison Monday, March 2, 2026, in Yangon, Myanmar. (AP Photo/Thein Zaw)
Banduan yang dibebaskan menaiki sebuah bas, disambut ahli keluarga dan rakan sekerja selepas mereka keluar dari Penjara Insein pada Isnin, 2 Mac 2026, di Yangon, Myanmar. - Gambar AP

BANGKOK: Junta tentera di Myanmar mengarahkan pembebasan lebih 10,000 banduan, termasuk 10 warga asing, sebagai sebahagian daripada pengampunan beramai-ramai yang baharu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Selain itu, kes-kes tertangguh membabitkan kira-kira 12,400 defendan akan digugurkan, lapor stesen televisyen kerajaan pada Isnin.

Kebanyakan tertuduh sebelum ini dilaporkan menyembunyikan diri kerana bimbang ditangkap dan kini hidup dalam persembunyian.

Lebih 7,000 daripada mereka yang dibebaskan telah dijatuhi hukuman dalam beberapa tahun kebelakangan ini di bawah undang-undang anti-keganasan yang kontroversi. 

Undang-undang itu didakwa digunakan secara sewenang-wenangnya oleh pihak kehakiman, kebanyakannya untuk membungkam kumpulan pro-demokrasi.

Junta telah memerintah negara itu secara autokrasi sejak rampasan kuasa pada awal 2021. 

Penentangan terhadap pemerintah disenyapkan hukum dengan kekerasan -- sering kali melalui hukuman penjara.

Bekas ketua kerajaan yang digulingkan, Aung San Suu Kyi, yang dijatuhi hukuman penjara jangka panjang, kekal dalam tahanan.

Pengampunan itu diberikan sempena Hari Petani, iaitu cuti umum bagi menghargai peranan penting sektor pertanian dalam ekonomi negara itu. 

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, junta telah beberapa kali mengumumkan pengampunan beramai-ramai bersempena cuti umum utama.

Ramai ahli keluarga dilaporkan telah menunggu di luar penjara sejak pagi tadi dengan harapan dapat melihat orang tersayang dibebaskan.

Seorang penganalisis politik yang enggan dikenali memberitahu dpa bahawa langkah pengampunan itu bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

"Saya percaya langkah ini bertujuan untuk mendapatkan pengiktirafan daripada kerajaan asing, dengan memberi isyarat konsesi politik serta kesediaan untuk meredakan ketegangan," katanya.

-- BERNAMA-dpa

 

 10,000 banduan, dibebaskan 

Must Watch Video

Advertisement: No Ad Tag found