Skip to main content

Dunia

Kos perang AS–Iran cecah AS$11.3 bilion dalam enam hari pertama

Smoke rises following an explosion, amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, in Tehran, Iran, March 7, 2026. Picture taken with a mobile phone. Majid Asgaripour/WANA (West Asia News Agency) via REUTERS ATTENTION EDITORS - THIS PICTURE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY
Nilai itu tidak merangkumi keseluruhan kos peperangan, namun dikongsikan selepas ahli Kongres meminta maklumat lebih terperinci mengenai beban kewangan konflik di Asia Barat itu. -Gambar fail/Reuters

WASHINGTON: Pentadbiran Presiden Donald Trump menganggarkan kos enam hari pertama perang Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran mencecah sekurang-kurangnya AS$11.3 bilion (kira‑kira RM47.4 bilion).

Laporan Reuters yang memetik sumber mengetahui perkara itu menyatakan angka tersebut dibentangkan dalam satu taklimat tertutup kepada senator minggu ini.

Nilai itu tidak merangkumi keseluruhan kos peperangan, namun dikongsikan selepas ahli Kongres meminta maklumat lebih terperinci mengenai beban kewangan konflik di Asia Barat itu.

Setakat ini, pentadbiran AS belum mengeluarkan penilaian awam mengenai kos keseluruhan atau tempoh jangkaan peperangan.

Semasa lawatan ke Kentucky pada Rabu, Trump berkata AS telah “menang” dalam peperangan itu, namun menegaskan tentera akan terus menjalankan operasi sehingga misi dianggap selesai sepenuhnya.

Pendedahan kos yang mencecah berbilion dolar dalam masa kurang seminggu ini dijangka meningkatkan tekanan politik terhadap White House, terutamanya mengenai keperluan pembiayaan tambahan daripada Pentagon bagi menyokong "Operation Epic Fury".

Must Watch Video