Skip to main content

Dunia

Kereta kebal Israel bedil, kepung Hospital al-Helou di bandar Gaza

81752148216_TBGazaCity.jpg
GAZA: Tentera Israel dilaporkan membedil Hospital Al-Helou di Bandar Gaza dengan dua peluru artileri pada malam Ahad, menurut laporan WAFA yang memetik sumber perubatan.


Ringkasan AI
  • Tentera Israel bedil Hospital Al-Helou di Gaza dengan dua peluru artileri, menjejaskan wad kanser dan unit rawatan rapi neonatal.
  • Lebih 90 orang termasuk kakitangan dan pesakit terperangkap selepas hospital dikepung kereta kebal Israel.
  • Hospital menempatkan 12 bayi pramatang dan kini tiada laluan keluar masuk dibenarkan.


Hospital itu menempatkan beberapa jabatan termasuk wad kanser dan unit rawatan rapi neonatal dengan 12 bayi pramatang.

Sumber berkenaan memaklumkan lebih 90 orang termasuk kakitangan perubatan dan pesakit kini terperangkap di dalam hospital selepas kereta kebal Israel mengepung kemudahan itu serta menghalang sebarang laluan keluar masuk.

-- BERNAMA





Must Watch Video