Skip to main content

Dunia

Kedutaan AS di Baghdad diserang dron, roket

REUTERS
Butiran terperinci mengenai tahap kerosakan atau sebarang kecederaan berhubung serangan berkenaan masih belum tersedia buat masa ini. - Reuters

ISTANBUL: Gelombang baharu serangan roket dan dron menyasarkan kawasan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Baghdad pada awal pagi Selasa, sehingga mencetuskan siren amaran dan bunyi pintasan ruang udara, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik agensi berita Shafaq.

Bagaimanapun, butiran terperinci mengenai tahap kerosakan atau sebarang kecederaan berhubung serangan berkenaan masih belum tersedia buat masa ini.

Perkembangan itu berlaku beberapa jam selepas sebuah dron dilaporkan menghentam pagar bahagian atas Hotel Al-Rasheed di Zon Hijau, namun tidak menyebabkan sebarang kecederaan atau kerosakan harta benda.

Ketegangan di rantau berkenaan semakin memuncak sejak Israel dan AS melancarkan serangan bersama ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini telah mengorbankan kira-kira 1,300 nyawa, termasuk Pemimpin Agung, Ayatollah Ali Khamenei.

Sebagai tindak balas, Iran melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq, serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.

Serangan itu bukan sahaja mengakibatkan kecederaan dan kerosakan infrastruktur, malah turut menjejaskan pasaran global serta sektor penerbangan antarabangsa.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video