DOHA: Kawasan sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di Qatar dikosongkan, menurut pihak berkuasa pada Khamis, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Penduduk di bangunan berhampiran turut dipindahkan sementara ke tempat selamat sebagai langkah berjaga-jaga, menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri Qatar.
Penginapan yang sesuai turut disediakan untuk mereka, menurut kementerian itu lagi.
Pihak berkuasa pada peringkat awal tidak memberikan butiran lanjut mengenai sebab pemindahan.
Sejak bermulanya perang pada Sabtu, tentera Iran beberapa kali melancarkan peluru berpandu dan dron ke arah Qatar.
Menteri Luar Iran Abbas Araghchi bagaimanapun berkata serangan itu hanya menyasarkan “kepentingan AS di Qatar.”
Namun menurut pihak berkuasa Qatar, beberapa peluru berpandu turut mengenai kawasan awam dan kawasan perumahan di negara itu.
-- BERNAMA-dpa