Skip to main content

Dunia

Kapal tangki minyak kosong didakwa tembusi sekatan laut AS

Sumber: X/TankerTrackers
Sebuah lagi kapal tangki minyak Iran bersaiz besar turut dikesan berada dalam kawasan sekatan berkenaan. - Foto X/@TankerTrackers

BEBERAPA kapal tangki minyak yang disenarai sekatan oleh Amerika Syarikat (AS) dilaporkan terus memasuki rantau Teluk, dengan sekurang-kurangnya dua kapal berjaya menembusi perimeter sekatan laut yang dikuatkuasakan oleh Washington.

Menurut perkhidmatan pemantauan kapal TankerTrackers.com, kapal tangki VINA/VALLEY, yang sebelum ini dikaitkan dengan penghantaran gas petroleum cecair (LPG) Iran kepada kumpulan Houthi di Yaman, dilaporkan memasuki zon sekatan pada Rabu.

Selain itu, sebuah lagi kapal tangki minyak Iran bersaiz besar turut dikesan berada dalam kawasan sekatan berkenaan.

Perkembangan ini berlaku ketika AS terus mengekalkan sekatan laut ke atas pelabuhan Iran sebagai sebahagian daripada tekanan terhadap Tehran bagi memaksa rundingan menamatkan konflik yang sedang berlangsung.

Walaupun kapal-kapal tersebut dilaporkan tidak membawa kargo, kehadiran mereka dalam zon sekatan menimbulkan persoalan mengenai keberkesanan penguatkuasaan sekatan maritim yang dilaksanakan oleh AS di rantau tersebut.
 

 

Must Watch Video