KAHERAH: Pergerakan kapal melalui Selat Hormuz disambung semula pada Rabu susulan gencatan senjata yang diumumkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Iran, menurut perkhidmatan penjejakan kapal MarineTraffic menerusi platform media sosial X, lapor Xinhua.
Gencatan senjata itu termasuk pembukaan semula sementara laluan perairan strategik berkenaan bagi membolehkan rundingan diadakan.
Kapal kargo pukal milik Greece, NJ Earth dan kapal Daytona Beach yang berdaftar di Liberia melalui selat itu selepas bertolak dari Bandar Abbas, menurut MarineTraffic, sambil menambah bahawa “pergerakan awal kini mula direkodkan.”
Menurut data perkhidmatan itu, ratusan kapal masih berada di kawasan berkenaan, termasuk 426 kapal tangki, 34 kapal pengangkut gas petroleum cecair (LPG) dan 19 kapal pengangkut gas asli cecair (LNG), yang kebanyakannya terkandas sebelum ini akibat gangguan berkenaan.
AS dan Iran bersetuju melaksanakan gencatan senjata selama dua minggu kurang dua jam sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Presiden AS Donald Trump.
Kedua-dua pihak dijangka mengadakan rundingan di Pakistan pada Jumaat.
-- BERNAMA-XINHUA