Skip to main content

Dunia

Jumlah kematian disyaki akibat Ebola di Congo melebihi 200 - Kementerian

A moto taxi rider stops at a health screening checkpoint as aid agencies intensify efforts to contain an Ebola outbreak caused by the Bundibugyo virus in Mongbwalu, Djugu Territory, Ituri province, Democratic Republic of Congo, May 23, 2026. REUTERS/Gradel Muyisa Mumbere
Jumlah individu yang disyaki maut akibat wabak Ebola di Republik Demokratik Congo melebihi 200 orang, manakala kematian disahkan akibat penyakit itu di negara berkenaan setakat ini berjumlah 10 kes. - Foto REUTERS

MOSCOW: Jumlah individu yang disyaki maut akibat wabak Ebola di Republik Demokratik Congo melebihi 200 orang, manakala kematian disahkan akibat penyakit itu di negara berkenaan setakat ini berjumlah 10 kes, lapor Sputnik/RIA Novosti memetik Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Media negara itu.

“Petunjuk epidemiologi utama ... 10 kematian disahkan; 204 kematian berkemungkinan [akibat Ebola],” menurut kementerian itu dalam satu kenyataan di platform X pada Sabtu.

Menurut kementerian itu, 91 kes disahkan telah dilaporkan -- 84 di wilayah Ituri, enam di Kivu Utara dan satu di Kivu Selatan -- manakala jumlah kes disyaki mencecah 867.

Minggu lepas, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan penularan Ebola varian Bundibugyo di Republik Demokratik Congo dan Uganda sebagai kecemasan kesihatan awam yang membimbangkan di peringkat antarabangsa.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

 

Must Watch Video

Advertisement