Skip to main content

Dunia

Jet pejuang India alami nahas ketika Pertunjukan Udara Dubai

61763733802_DubaiAirShowcrash.jpg
NEW DELHI/DUBAI: Sebuah jet pejuang Tejas milik Tentera Udara India (IAF) mengalami nahas semasa Pertunjukan Udara Dubai, lapor Press Trust of India (PTI) pada Jumaat.

Butiran lanjut masih sedang dalam proses pengesahan.

Menurut laporan media antarabangsa, pesawat itu mengalami nahas pada sebelah petang waktu tempatan ketika melakukan penerbangan demonstrasi di acara berprestij Pertunjukan Udara Dubai.

Sementara maklumat tambahan masih ditunggu, IAF telah mengesahkan kejadian itu.

-- BERNAMA


Must Watch Video