Skip to main content

Dunia

Jerman tegaskan perang terhadap Iran tiada kaitan dengan NATO

51692252114_jermanflag.jpg
Kerajaan Jerman telah berulang kali menyatakan bahawa ia tidak akan menyertai peperangan AS terhadap Iran.

BERLIN: Jerman pada Isnin menyatakan bahawa peperangan Amerika Syarikat (AS) terhadap Iran "tiada kaitan dengan NATO (Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara)", lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Ia bukan peperangan NATO. NATO adalah sebuah pakatan pertahanan. Kerajaan Jerman juga perlu menilai dengan jelas wilayah pakatan itu dan pendiriannya sendiri berhubung penyertaan dalam peperangan ini," kata jurucakap kerajaan Stefan Kornelius kepada wartawan di Berlin.

Beliau berkata: "Peluasan operasi ketenteraan ini akan membawa risiko besar kepada rakan kongsi lain di rantau Asia Barat dan Teluk."

Kerajaan Jerman telah berulang kali menyatakan bahawa ia tidak akan menyertai peperangan AS terhadap Iran itu.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

 

Must Watch Video