Skip to main content

Dunia

Ireland negara pertama di Eropah larang perdagangan dengan wilayah Palestin yang diduduki

61697345065_tbsolidaritywithGaza.jpg
LONDON: Ireland bakal menjadi negara Eropah pertama yang secara rasmi melarang perdagangan dengan Wilayah Palestin Yang Diduduki (OPT), lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Ini adalah langkah penting kerana kita bersuara bagi pihak rakyat Ireland berhubung aktiviti genosid ini," kata Tanaiste (Timbalan Perdana Menteri) negara itu, Simon Harris, kepada wartawan pada Selasa.

Harris menyatakan harapan agar "manfaat sebenar" daripada penggubalan undang-undang ini untuk memberi inspirasi kepada negara lain untuk mengambil tindakan yang sama.

"Kerana adalah penting setiap negara menggunakan segala kuasa yang ada pada mereka," katanya.

Rang undang-undang itu akan melarang perdagangan dengan OPT dengan menjadikan sebarang import dari wilayah itu sebagai kesalahan di bawah Akta Kastam.

Kabinet Ireland secara rasmi meluluskan penggubalan Rang Undang-Undang Penempatan Israel (Larangan Pengimportan Barangan) 2025 pada Mei lepas bagi melarang import barangan yang dihasilkan di penempatan Israel di Tebing Barat dan Baitulmuqaddis Timur.

--BERNAMA-ANADOLU






Must Watch Video