Skip to main content

Dunia

Iran tegaskan tiada perjanjian dengan AS tanpa "keputusan nyata"

In this photo released by the Pakistan Prime Minister Office, Iran's Parliament Speaker Mohammad Bagher Ghalibaf, left, shakes hand with Pakistani Prime Minister Shehbaz Sharif prior to their meeting, in Islamabad, Pakistan, Saturday, April 11, 2026 (Pakistan Prime Minister Office via AP)
Speaker Parlimen dan perunding utama Iran, Mohammad Bagher Qalibaf pada Ahad menyatakan bahawa Tehran tidak akan menerima sebarang perjanjian dengan Washington melainkan ia memastikan "hak rakyat Iran terjamin". - Gambar fail/AP

ISTANBUL: Speaker Parlimen dan perunding utama Iran, Mohammad Bagher Qalibaf pada Ahad menyatakan bahawa Tehran tidak akan menerima sebarang perjanjian dengan Washington melainkan ia memastikan "hak rakyat Iran terjamin," lapor Anadolu Ajansi (AA).

"Tiada kepercayaan terhadap kata-kata dan janji musuh. Satu-satunya kriteria kami adalah untuk mencapai keputusan yang nyata sebelum kami memenuhi komitmen kami sebagai balasan," kata Qalibaf yang dipetik oleh penyiar rasmi IRIB semasa sesi parlimen secara maya selepas beliau mengangkat sumpah sebagai speaker parlimen yang dilantik semula.

Ketegangan di Asia Barat memuncak sejak Amerika Syarikat (AS) dan Israel melancarkan serangan terhadap Iran pada akhir Februari lepas.

Tehran bertindak balas dengan melancarkan serangan menyasarkan Israel serta sekutu AS di Teluk, selain bertindak menutup Selat Hormuz.

Gencatan senjata mula berkuat kuasa pada 8 April menerusi pengantaraan Pakistan, namun rundingan susulan di Islamabad gagal menghasilkan perjanjian yang berkekalan.

Presiden AS Donald Trump kemudiannya melanjutkan tempoh gencatan senjata itu untuk tempoh masa yang tidak ditetapkan.

Sejak itu, Iran dan AS terus saling bertukar cadangan serta usul balas dalam usaha untuk menyambung semula rundingan secara langsung bagi menamatkan perang berkenaan.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video

Advertisement