Skip to main content

Dunia

Hukuman mati ke atas dua pembunuh penulis blog kekal

51491190128_PakistanBlogger.jpg
Mahkamah Tinggi Bangladesh semalam mengekalkan hukuman mati ke atas dua anggota kumpulan Islam yang diharamkan yang dituduh membunuh seorang penulis blog, kata seorang pegawai mahkamah.

Memetik laporan Reuters, kedua-dua mereka dijatuhi hukuman mati pada 2015 kerana membunuh Ahmed Rajib Haider, seorang aktivis belia yang memperjuangkan perbicaraan jenayah perang.

Rajib dibunuh pada 2013.

Kedua-dua terduduh iaiti Redwanul Azad Rana dan Faisal Bin Nayem merupakan ahli kumpulan Ansar al Islam, yang mempunyai hubungan dengan al-Qaeda.

Pada tahun 2015, polis Dhaka mengumumkan ganjaran sebanyak 500,000 taka (AS$ 6,410) untuk Rana, yang dipercayai pemimpin paling kanan kumpulan itu.

Beliau kini dalam persembunyian.

Rana juga dituduh membunuh seorang lagi penulis blog rakyat Amerika Syarikat asal Bangladesh, Avijit Roy, pada tahun yang sama.

Sejak 2013, kumpulan Daesh telah membunuh atau mencederakan 48 individu di Bangladesh, termasuk enam penulis blog yang mengkritik atau menentang kumpulan militan Islam.

Must Watch Video