Skip to main content

Dunia

Gempa bumi sederhana dikesan di Filipina

41712819824_GempaBumiGeneric.jpg
KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter dikesan berlaku di Mindanao, Filipina pada 11.34 pagi ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam ciapan di Facebook memaklumkan pusat gempa itu terletak di 7.5 darjah utara dan 126.2 darjah timur dengan kedalaman 63 kilometer iaitu 60 kilometer timur dari Panabo, Filipina.

"Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia," menurut ciapan itu.

-- BERNAMA

Must Watch Video