Skip to main content

Dunia

Gempa bumi 5.2 skala Richter gegar timur Turkiye

41684753371_GempaBumiGeneric.jpg
Pusat gempa terletak di daerah Tusba, Van, pada kedalaman tujuh kilometer. - Gambar hiasan

ISTANBUL: Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter menggegarkan wilayah Van di timur Turkiye pada 8.52 pagi waktu tempatan, Sabtu, menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD), lapor Anadolu Ajansi (AA).

AFAD memaklumkan pusat gempa terletak di daerah Tusba, Van, pada kedalaman tujuh kilometer.

Gabenor Van Ozan Balci memberitahu Anadolu bahawa tiada laporan mengenai kemalangan jiwa setakat ini dan  pihak berkuasa sedang menjalankan operasi mencari.

-- BERNAMA-ANADOLU

 

Must Watch Video