Skip to main content

Dunia

E-dagang Indonesia senarai hitam penjual pakaian 'bundle' import

51679038776_Bundle.jpg
JAKARTA: Platform beli-belah dalam talian Indonesia akan menyenaraihitam dan menyekat peniaga yang menjual pakaian terpakai import, menurut Persatuan E-Dagang Indonesia pada Khamis.

Presiden Indonesia Joko Widodo berkata bahawa pembelian barangan terpakai semakin popular di Indonesia, dan pakaian terpakai yang diimport telah mengganggu industri tekstil domestik, lapor Xinhua.

Menteri Perdagangan Indonesia Zulkifli Hasan juga berkata industri pakaian 'bundle' mendatangkan kerugian kepada negara.

Indonesia merupakan antara platform e-dagang terbesar di dunia.

-- BERNAMA

Must Watch Video