Skip to main content

Dunia

COVID-19: New York ambil pendekatan berhati-hati sebelum buka ekonomi

71586442073_NYCPharmacy.jpg
GABENOR New York Andrew Cuomo menjelaskan, negeri yang membuka ekonomi harus telus berkenaan kos sebenar termasuk dari segi kesihatan.

Menurutnya, pemimpin-pemimpin negeri tersebut harus telus tentang jumlah kes positif dan kematian yang akan meningkat susulan tindakan berkenaan.

Menurut Cuomo, New York akan mengambil pendekatan yang lebih berperingkat untuk membuka ekonomi pada lewat Mei.

Langkah ini menurutnya akan turut mengambil kira penanda aras yang ditetapkan termasuk kadar jangkitan dan tekanan kepada perkhidmatan kesihatan.

New York adalah negeri di Amerika Syarikat dengan catatan kes positif dan kematian tertinggi.



Must Watch Video