Skip to main content

Dunia

Bulgaria hantar tiga pesawat pindahkan rakyat dari Asia Barat

People who were stranded in Dubai amid the U.S.-Israeli conflict with Iran, arrive at Varna Airport, in Varna, Bulgaria, March 4, 2026. REUTERS
Orang ramai yang terkandas di Dubai susulan konflik AS-Israel dengan Iran, tiba di Lapangan Terbang Varna, Varna, Bulgaria, 4 Mac 2026. REUTERS

SOFIA: Bulgaria mengatur tiga penerbangan untuk memindahkan rakyatnya dari Dubai, Abu Dhabi dan Oman, menurut Kementerian Pengangkutan dan Komunikasi negara itu pada Rabu, lapor Xinhua.

Sebuah pesawat dengan kapasiti 326 tempat duduk akan membawa rakyat Bulgaria dari Dubai ke Sofia pada Rabu, menurut kementerian itu. Senarai rakyat berkenaan sedang disediakan oleh Kementerian Luar.

Terdahulu pada Rabu, sebuah pesawat Boeing 737 berlepas dari Sofia menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Salalah di Oman. 

Pesawat itu dijangka kembali pada Khamis, kata kementerian itu sambil menambah bahawa pesawat ketiga dijadualkan terbang ke Abu Dhabi pada Rabu.

Sekurang-kurangnya 11,400 rakyat Bulgaria berada di Asia Barat, menurut Kementerian Luar.

Perdana Menteri sementara Bulgaria Andrey Gurov selepas mesyuarat operasi mengenai situasi di Asia Barat pada Selasa berkata pihak berkuasa Bulgaria memberi tumpuan untuk memindahkan rakyat negara itu dari wilayah yang terjejas akibat konflik secepat mungkin.

“Kami telah menyediakan pesawat yang mencukupi dan bersedia untuk berlepas sebaik sahaja laluan penerbangan disahkan,” kata Gurov.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 

Must Watch Video