RIYADH: Arab Saudi menegaskan bahawa negara itu tidak akan membenarkan ruang udara atau wilayahnya digunakan untuk sebarang tindakan ketenteraan yang menyasarkan Iran, lapor Agensi Berita Saudi (SPA).
Kenyataan itu hadir selepas Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengadakan perbincangan dengan Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, awal hari ini.
Menurut laporan, baginda menegaskan, komitmen Riyadh untuk menyelesaikan pertikaian melalui dialog, sekali gus memperkukuh keselamatan dan kestabilan di rantau itu.
Pejabat Presiden Iran dalam kenyataan berasingan memaklumkan bahawa Pezeshkian menghargai sokongan negara-negara Islam terhadap Tehran, terutama dalam mendepani ketegangan semasa. - Agensi