Skip to main content

Dunia

Anak Robert Mugabe mengaku bersalah acu pistol, masuk Afrika Selatan secara haram

Bellarmine Chatunga Mugabe, son of late Zimbabwean president Robert Mugabe, looks on during his court appearance on attempted murder charges, after a gardener was shot and injured last week at the Johannesburg mansion where Chatunga was staying, at the Alexandra Magistrate's Court in Johannesburg, South Africa February 23, 2026. REUTERS/Oupa Nkosi Purchase Licensing Rights
Bellarmine Chatunga Mugabe mengaku bersalah atas pertuduhan mengacukan senjata api dan berada di Afrika Selatan secara haram, namun menafikan telah menembak serta mencederakan tukang kebunnya dalam satu kejadian di Johannesburg. - Gambar Reuters

JOHANNESBURG: Bellarmine Chatunga Mugabe, anak lelaki bekas Presiden Zimbabwe, Robert Mugabe, mengaku bersalah pada Jumaat (17 April) atas pertuduhan mengacukan senjata api dan berada di Afrika Selatan secara haram, namun menafikan telah menembak serta mencederakan tukang kebunnya dalam satu kejadian di Johannesburg.

Bellarmine, 29, sebelum ini ditahan polis bersama sepupunya yang juga tertuduh bersama, Tobias Mugabe Matonhodze, susulan pertuduhan cubaan membunuh selepas satu pertengkaran di kawasan elit Hyde Park, Johannesburg.

Dalam prosiding mahkamah, Bellarmine mengaku bersalah atas kesalahan imigresen dan mengacukan senjata api dalam satu kejadian berasingan, manakala Matonhodze, 32, mengaku bersalah atas pertuduhan cubaan membunuh.

Matonhodze turut mengaku melanggar undang-undang imigresen dan senjata api.

Peguam Bellarmine, Sinenhlanhla Mnguni berkata, pihak pembelaan sebelum ini telah berunding dengan pihak pendakwaan bagi mencapai perjanjian pengakuan bersalah dan hukuman, namun rundingan itu gagal dimuktamadkan pada saat akhir.

Beliau menolak dakwaan bahawa Matonhodze mengambil tanggungjawab bagi melindungi Mugabe, sambil menyifatkan dakwaan tersebut sebagai “tidak munasabah.”

Menurut pihak berkuasa, senjata api yang dipercayai digunakan dalam kejadian tembakan itu masih belum ditemui sejak kedua-dua tertuduh ditahan pada 19 Februari lalu.

Mahkamah menangguhkan prosiding kes berkenaan ke 24 April ini.

Bellarmine merupakan salah seorang daripada dua anak lelaki hasil perkahwinan Robert Mugabe dengan isteri keduanya, Grace Mugabe. 

Kedua-dua beradik itu pernah menetap di Johannesburg dan dikenali dengan gaya hidup mewah serta aktiviti hiburan.

Robert Mugabe meninggal dunia pada 2019 selepas memerintah Zimbabwe selama 37 tahun, sebelum digulingkan dalam rampasan kuasa pada 2017. - Agensi

Must Watch Video