Skip to main content

Dunia

Aksi kejar-mengejar, polis berjaya tahan lelaki larikan ambulans

71617666075_ambulance.jpg
DALLAS: Polis menahan seorang lelaki selepas melarikan sebuah ambulans milik Jabatan Bomba Dallas pada Isnin.

Penahanan itu dibuat selepas aksi kejar-mengejar selama hampir sejam di Dallas dan Daerah Collin.

Video yang dirakam daripada udara menunjukkan suspek memandu melawan arus dan hampir melanggar beberapa kereta awam.

Suspek kemudian berjaya ditahan oleh anggota Jabatan Keselamatan Awam Dallas.

Menurut polis, ambulans berkenaan dicuri daripada sebuah balai bomba namun tidak mendedahkan motif kejadian.



Must Watch Video