Skip to main content

Dunia

30 cedera nahas libatkan 60 kenderaan di Interstate 55

61682982378_windstorm.jpg
ILLINOIS: Angin kencang yang melanda Illinois, Amerika Syarikat (AS) telah menyebabkan banyak kemalangan termasuk kemalangan jiwa di Lebuhraya Interstate 55.

Menurut pihak berkuasa, nahas berlaku pagi Isnin ketika debu diterbangkan angin kencang sehingga melibatkan kemalangan melibatkan sehingga 60 kenderaan dan beberapa treler.

Dilaporkan lebih 30 mangsa dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Susulan kejadian lebuh raya utama di utara St. Louis terpaksa ditutup.

Siasatan awal mendapati, jarak penglihatan rendah antara faktor utama disebabkan oleh debu.




Must Watch Video